Semoga kita dapat membantu dari ‘SEGENAP CARA’

January 27th, 2012 by almakki No comments »

Semoga duit ayah anak-anak ini tidak di tipu oleh birokrasi untuk dapatkan duit 500.

cuba baca.

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.
Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
————————
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account – 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971

Petrol dan Egypt serta kesan JUN 2012

January 22nd, 2012 by almakki No comments »

Di kutip dari tukar tiub. Ini pencerahan minda sambil minum kopi. Petrol akan naik lagi bila IRAN di serang oleh Obama dan Illuminati. Tetapi mungkin sesuatu ISU besar yang lain akan terjadi JUN 2012 nanti bila Presiden baru Egypt akan di lantik. Juga mungkin di Malaysia sendiri. Hari ini 22 Jan 2012, baru di umumkan, Parti Ikhwan telah memenangi 2 per 3 dari Dewan Rakyat Parlimen Mesir.

Adakah Jemaah akan tetap memenuhi Makkah di Musim Ramadhan ini yang tiba pada bulan Ogos 2012? Semoga dunia ini akan tambah baik dan elok.

**************************************************************************************
Pada Jumaat lalu Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturunkan taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard&Poor – badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A. Sembilan buah negara Kesatuan Eropah telah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah untuk meminjam dan membayar hutang.

Apabila taraf diturunkan bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bond – sebagai cara meminjam duit – kemungkinan bond ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk menarik si pembeli. Akhirnya mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini.

Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland telah diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak. Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial – hospital, jalan raya , sekolah sebagai contoh merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik.

Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah pada bulan September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya. Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal. Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain. Untuk meredakan keadaan , kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimilik negarakan.

Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika telah meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika memiliki berpuluh-puluh kad kredit. Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya industri perumahan mengelembong. Suasana ini menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah.

Hutang-piutang dari para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang ini dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia. Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual – bank dan juru jual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual asalkan mendapat untung. Justeru hutang piutang pun boleh dijual beli.

Masaalah timbul apabilan bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang hutang ini berbilion bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang maka rumah dirampas oleh bank. Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika telah kehilangan rumah.

Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah. Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong dana antarabangsa.

Solomon Brothers gedung keewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung-gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang , menjual beli bond dan pinjaman meminjam. Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini dipanggil ransangan ekonomi. Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah ransangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini Obama dan Najib telah gagal untuk merangsang dan memberahikan ekonomi.

Di Amerika bank besar dan gedung dana antarabangsa telah mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai. Manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu.

Bayangkan jika Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merundum? Pastilah Mek Joyah ini akan menjawab : berjimat cermat dalam masa susah.

Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, di Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion bilion dolar hangus dalam perang. Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih dari 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan – Presiden Obama masih mahu melancarkan perang.

Pada minggu pertama 2012 ini telah lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang undang-undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongress Amerika. Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran maka harga minyak akan meledak naik. Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal.

Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum-hukum dan syarat yang telah dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh. Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang telah dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup. Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia, ada yang bergerak dibawah tanah dan ada yang bergerak terbuka.

Ada yang tersusun gelap dibawah Skull and Bones, Illuminati dan Free Mason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul dibawah lambang Neo-Con. Ada yang aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation. Secara gelap dan berahsia sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawa jemputan Bidelberg Group.

Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Yang Baru. Tata Dunia Baru dimana semua rakyat dunia akan tunduk dibawah pentabiran mereka.

Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak. Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia harin ini.

Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud – mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia. Justeru, secara micro politik kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya.

Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus di kacau bilaukan. Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal

Solat dan Produktiviti

January 12th, 2012 by almakki No comments »

Jemputan Umrah, Astro Oasis, Musim Kedua

December 27th, 2011 by almakki No comments »

Program yang sangat menarik yang telah menaikkan rating Oasis tajaan Tabung Haji Travel. Sekarang masih di siarkan tayangan Jemputan Umrah di Astro Oasis.

Ini link komen Program ini di musim pertama. Juga di taja oleh Tabung Haji Travel.

http://almakki.wordpress.com/2008/06/09/astro-aosis-jemputan-umrah-2/#comments

Komen seorang pengunjung blog saya di bawah tajuk Jemputan Umrah Astro Oasis.

Dari : Yanti Binti Senen

assalamualaikum….bagaimanakah caranya untuk saya memohon dalam menunaikan ibadah umrah melalui astro oasis….saya harap pihak astro oasis dapat membantu saya…kerana saya ingin memohon pertunjuk dari yang maha esa…dan membentuk ummah muslimah,ibu mithali, serta isteri solehah….
———————————————————————————————————————

Semoga program ini akan menambahkan minat masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan rantau Asia Tenggara ini umumnya untuk membibitkan azam pergi ke Makkah seterusnya berusaha ke Makkah insya Allah.

Jadual siaran boleh di lihat di sini.

Tarikh Umrah Cinta Rasul 2012, Tabung Haji Travel

December 26th, 2011 by almakki No comments »

Semua makluman dan iklan terbaru Tabung Haji Travel oleh di lihat di sini di laman web rasmi Tabung Haji Travel http://www.thts.com.my

Umrah Cinta Rasul 1 – 26 Feb hingga 18 Mac 2012

Umrah Cinta Rasul 2 – 8 April hinga 19 April 2012

Umrah Cinta Rasul 3 – 20 Mei hingga 31 Mei 2012

Umrah Cinta Rasul 4 – 1 Julai hingga 12 Julai 2012

CEPAT mendaftar di mana mana kaunter Tabung Haji Travel dan juga mana mana Pejabat Lembaga Tabung Haji di seluruh negara.

Dikir atau Nasyid ?

December 25th, 2011 by almakki No comments »

Dalam bahasa Melayu loghat Kelate..

Musang King

December 22nd, 2011 by almakki No comments »

Duriang Musang King. Nama nya sangat menggerunkan. Tapi bila dapat di buka kulitnya yang berduri, rasanya Alhamdulillah sangat sedap.

Di Godam @ Akaun Internet – FB, Email..

December 15th, 2011 by almakki No comments »

Kalau anda dihack @ untuk elak dihack – Ambil tindakan berikut:

1) tukar password jika masih nak terus gunakan akaun fb sediada, guna password gambungan aksara dan huruf2 dan pastikan lebih dari 8 karakter;
2) Sentiasa logout dari fb jika nak keluar dari fb;
3) Padamkan ‘history’ dlm internet explorer atau browser lain jika guna browser lain dari IE;
4) Elak dari guna IE kerana IE mudah kena hack, guna Firefox, Chrome atau Opera yg terbukti tinggi tahap keselamatannya;
5) Akhir sekali, kalau masih tak menjadi, tutup akaun fb skrg dan buka yg baru dengan password yg kuat. Cnthnya: /13precint11-pjy#.
Kejadian hacking ni susah nak dihapuskan tapi boleh diminimakan dgn memastikan tahap keselamatan yg tinggi dlm komputer peribadi masing2. Ia bukan sahaja terhad pada fb, tapi apa saja yg boleh dicapai oleh hackers.

Labur sedikit wang untuk install internet security software yg teruji seperti Norton, McAfee, Kapersky dlm laptop atau komputer desktop. Jgn guna free antivirus kerana tidak mampu menahan serangan hackers.

Juga pastikan jika menggunakan smartphones, elakkan dari guna windows smartphone. Gunakan android atau symbian atau sony ericsson atau iphone kerana ia lebih terjamin keselamatannya.

Elakkan dari menggunakan komputer2 di cybercafe kerana data2 login tidak terjamin dipadam dari komputer2 di sana dan mudah dihack. -info by Mohd Saupi Pauzi

Timbalan Agong Malaysia

December 13th, 2011 by almakki No comments »

Sultan Mahmud V Sangat Dekat Di Hati Rakyat

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri itu.

Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di masa lapang gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda adalah Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin A’ishah Putri, 27. – BERNAMA

20111213-142554.jpg

Janggut

December 13th, 2011 by almakki 1 comment »

FAKTA : KEBENARAN ISLAM MENDAHULUI SAINS MODEN

atu Perkongsian yang menarik. Sharing is caring

Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Suatu ketika dahulu, di sekitar abad ke- 6 M, seorang lelaki yang yatim piatu sejak kecil, buta huruf serta tiada tahu menulis dan membaca telah menceritakan sesuatu yang menakjubkan mengenai alam semesta, ekonomi, politik, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya. Setelah beberapa ketika daripada kewafatan baginda saw, para saintis melalui kajian yang silih berganti telah mula menemui serta mengakui kebenaran yang tercatat di dalam Al – Quran sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun dahulu.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta bersilih, gantinya malam dengan siang itu adalah tanda-tanda – kekuasaan Allah – bagi orang-orang yang suka berfikir. Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi.

Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api neraka.” (ali-lmran: 190-191) “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fushshilat : 53 ] “Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)” ( An-Najm : ayat 3 dan 4 )

KESIMPULANNYA : Simpan lah janggut anda wahai Suami dan lelaki. Cuba lihat ahli saintis barat zaman dahulu, yang mencipta lampu, yang membuat telefon, semua gambar mereka yang sampai kepada kita ialah wajah yang BERJANGGUT. Kenapa??