Posts by author: almakki

Aidil Fitri – Kembali kepada Fitrah
almakki | September 8, 2010 | 7:43 am

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semoga Allah menerima segala amalan soleh kita ( di Bulan Ramadhan ini )

Kullu Am Wa Antum Bi khair

Kembali kepada fitrah. Dosa kita telah di hapuskan oleh Allah. Maka bergembira lah, jangan melanggar syariat.

Adab Menyambut al-eid

1 Memperbanyakkan takbir raya.

2 Mandi sunat Aidilfitri.

3 Memakai pakaian yang cantik tanpa mendedahkan aurat.

4 Melaksanakan solat HariRaya secara berjemaah dan menghadiri khutbah raya.

5 Makan dahulu sebelum pergi ke tempat solat.

6 Melalui jalan yang berbeza sewaktu pergi dan balik dari tempat solat Hari Raya.

7 Mengucapkan tahniah. Eid Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan dalam kitab al-Mahamiliyyat dengan sanad yang baik, para sahabat mengucapkan: “TaqabbalalLahu Minna wa Mink.”

8 Menjauhi maksiat, seperti percampuran wanita dan lelaki secara bebas, berhias secara melampau, mendedahkan aurat dan sebagainya.

Tenang di Bulan Ramadan
almakki | August 25, 2010 | 7:29 am

Ikan yang Comel.. suasana bunyi air yang sangat tenang dan sesuai untuk mengkhatamkan Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Agak agak berapa kos kalau nak bina seperti ini di rumah saya nanti?

5 tahun dah kahwin.. Alhamdulillah
almakki | August 24, 2010 | 12:56 pm

My 5th Anniversary. Ini entry yang di letakkan oleh My Lovely Wife di fotopages nya.

http://rahmanhamzah.fotopages.com/?entry=2073416&page=0

Ini kad yang dah di hantar sempena My 5th Anniversary dari Kuantan. Semasa mengikuti Taklimat Haji Tabung Haji Travel di Hotel Grand Continental.

Johor Bharu – Taklimat Haji di BBU
almakki | August 24, 2010 | 7:15 am

Bandar Baru Uda, Tampoi. Dewan MPC. Semuanya menggamit kenangan indah.

From FB semasa di Kluang, Johor
almakki | August 22, 2010 | 7:56 pm

Abdul Rahman Hamzah

Abdul Rahman Hamzah Hari ni di Kluang, Hotel Prime City. Dewan dia cantik dan selesa. Cuma ada tulisan cina banyak sangat, tetapi yang sebenarnya kita kena terima hakikat.
Apa salahnya dengan tulisan cina..? Islam sampai ke Negara China lebih awal dan makam sahabat Nabi Muhammad SAW ada di sana. Maksudnya sahabat NABI sendiri yag menyebarkan dakwah Islam di sana.
ISLAM UNTUK SEMUA. Chinese Muslim pun boleh daftar dengan Tabung Haji Travel untuk mengerjakan haji bersama kami..

See More

August 19 at 2:44pm Friends Only · · · · Share
    • Mohd Saupi Pauzi Betul tu Ustaz, malah penghayatan dan pengamalan Islam di China lebih terserlah lagi dari Malaysia.

      August 19 at 2:55pm · ·
    • Azim Fiq tp ust masih pelik di malaysia,islam dilihat hnye utk melayu..mlh dikata klu non-muslim kmbali kpd fitrah(islam) dikatanya msuk melayu..

      August 19 at 3:06pm · ·
    • Abdul Hadi Ismail Rakyat negara China ada 12 juta orang Islam kalau nak dinisbahkan dengan 1 billion total rakyat dia yang komunis dan kafir macam tak nampak apa2 sgt. Saf pertama rata2 boleh baca fatihah lagi masuk saf kedua dan ke belakang rata2 dah tak boleh baca apa pun…kena buat usaha kuat tambahkan iman dan amal

      August 19 at 4:35pm · ·
    • Nik Ramzi Abdul Samad bila tengok tulisan cina, duk nampak cina pakai seluar pendek baru lepas makan sup babi sambil pegang anjing.sorry yer.

      August 19 at 5:13pm · ·
Prime City Hotel, Kluang, Johor Darul Takzim
almakki | August 18, 2010 | 6:06 pm

Berbuka puasa di gerai sebelah stesen keretapi Kluang, mengingatkan ku tentang satu hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa :

ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر

Tiga kategori manusia yang Allah tidak tolak doa mereka iaitu orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka.

Semua staff Tabung Haji Travel telah meng’order’ makanan 20 minit sebelum azan Maghrib. Setelah makanan tiba, ku terlihat semua masing masing senyap dan terkumat kamit berdoa. Insya Allah semoag doa mereka mereka tadi sebelum berbuka itu akan di tunaikan dan di kabulkan oleh Allah. Ameen ya rabb

Melaka – Hotel Permaisuri Hang Jebat
almakki | August 18, 2010 | 5:11 am

Sambutan sangat menggalakkan. Penuh Dewan. Kerusi terpaksa di tambah. Alhamdulillah. Rabu 18 Ogos 2010

Jejaka Tabung Haji Travel yang sedia bertugas di BulanRamadhan

Taklimat Pakej Haji – Pusing Malaya
almakki | August 18, 2010 | 5:03 am

Kasim Selamat dalam cerita P Ramlee telah memulakan roadshow tiupan saksafon bermula dari Singapura terus ke Utara… Pusing Malaya kata dia. Dengan satu TUJUAN, untuk mempopularkan saksafon beliau.

Kami juga sekarang ini memulakan program Pusing Malaya untuk memberi Taklimat Pakej Haji kepada semua jemaah yang telah berdaftar dengan kami untuk HAJI 1431 hijrah.

17 Ogos Selasa di Negeri Sembilan bertempat di Hotel Glory Beach Resort, Port Dickson.

Malam ketika persiapan

FAQ Zakat
almakki | August 18, 2010 | 3:57 am

Tanggungan ku yang boleh di tolak dari pendapatan

FAQ Zakat

Semua insan yang mengaku Muslim maklum bahawa zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam, malangnya bukan sedikit yang mengabaikan tanggungjawab menunaikan zakat selain zakat fitrah. Ini mungkin kerana kurang pendedahan atau peringatan tentang kewajiban ini. Zakat disebutkan di dalam al-Qur’an lebih daripada 80 kali. Malah seperti kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq “Demi Allah, aku benar-benar akan memerangi orang-orang yang membeza-bezakan antara solat dengan zakat, sebab zakat adalah hak atas harta” (Abu Daud).

Justeru itu,  suka untuk saya berkongsi serba sedikit dapatan hasil kajian saya tentang rukun zakat ini. Zakat adalah terbahagi kepada beberapa jenis seperti Zakat Fitrah, Zakat Emas & Perak, Zakat Pendapatan, Zakat Barang Perniagaan, Zakat Tanaman & Ternakan, dan lain-lain. Adapun perkongsian di bawah adalah khusus mengenai Zakat Pendapatan yang saya kira paling relevan dengan kita semua. Bonus baru dapat ni… J

Secara asasnya zakat adalah ditetapkan sebanyak 2.5% daripada harta / pendapatan kasar (gaji kasar + elaun + bonus + sewa rumah + royalti + etc), apabila kedua-dua syarat berikut adalah dipenuhi:

i) Jumlah harta melebihi ‘nisab’ (jumlah minimum harta untuk dikenakan zakat, i.e jika jumlah harta lebih daripada nilai nisab maka keseluruhan harta dikenakan zakat)

ii) Tempoh masa harta dalam hak milik lebih daripada ‘haul’ (setahun mengikut bulan Islam)

Nisab adalah dikira sebagai jumlah harta yang menyamai 87.5g emas asli (24 carat) atau 595g perak asli. Pusat Pungutan Zakat di Malaysia mengira nisab berdasarkan emas. Nilai nisab di Malaysia adalah berbeza antara negeri yang berlainan tetapi secara puratanya adalah sekitar RM7,000.

Untuk kebanyakan kita perbahasan tentang nilai nisab adalah kurang relevan kerana hampir pasti pendapatan kita secara total dalam setahun adalah melebihi mana-mana jumlah yang tertera di atas. Tujuan ditetapkan nisab adalah untuk mengenalpasti individu yang sepatutnya mampu membayar zakat. Sebagai contoh pengiraan:

“Puan Maimunah memiliki rantai emas dengan harga semasa RM3,000. Beliau juga memiliki simpanan di dalam bank sebanyak RM5,000 dan mempunyai saham dengan harga jualan sebanyak RM2,000”

Jumlah harta beliau adalah RM10,000. Oleh kerana ini melebihi nisab (RM7,000), beliau perlu membayar zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah keseluruhan harta beliau (bukan hanya harta yang melebihi nisab). Jadi kiraan adalah seperti berikut: 2.5% daripada RM10,000 = RM250

Penjelasan selanjutnya adalah lebih mudah diterangkan secara FAQ.

MASA (HAUL)

Q – Bilakah patut saya membayar zakat pendapatan ?

A- Zakat pendapatan dan harta boleh dibayar pada bila-bila masa dalam masa setahun. Walaubagaimanapun, kebanyakan individu menetapkan untuk membayar zakat dalam bulan Ramadhan setiap tahun untuk mendapatkan ganjaran berganda dan supaya individu tersebut tidak lupa !

Zakat juga boleh dibayar secara berkala sepanjang tahun. Contohnya gaji untuk bulan Rejab tahun ini dibayar zakatnya pada Rejab tahun berikutnya, gaji pada bulan Sya’ban tahun ini dibayar zakatnya pada Sya’ban tahun berikutnya, dan seterusnya.

Q – Bolehkan saya membayar zakat sebelum cukup setahun (haul)  ?

A- Ya, anda boleh membayar zakat sebelum tempoh haul.

Q – Saya menerima sejumlah wang yang agak besar berbanding pendapatan biasa saya pada tahun ini. Bagaimanakah sepatutnya saya mengira tempoh (haul) bagi rezeki tambahan ini ?

A- Terdapat dua cara anda boleh menentukan jumlah zakat anda ke atas rezeki tambahan ini:

i)                    Anda boleh terus menambah terus rezeki tambahan tersebut kepada jumlah pendapatan tahunan anda. Dengan cara ini anda seolah-olah telah memiliki pendapatan tambahan ini sepanjang tahun. Ini adalah cara yang mudah, praktikal, dan digalakkan.

ii)                   Anda boleh mempunyai tahun zakat yang berlainan untuk harta tambahan ini. Contohnya jika anda membayar zakat dalam bulan Ramadhan setiap tahun dan menerima rezeki tambahan dalam bulan Zulkaedah pada tahun ini. Maka zakat ke atas rezeki tambahan ini dibayar berasingan pada bulan Zulkaedah tahun berikutnya.

PENGIRAAN

Q – Bagaimanakan cara saya mengira kadar zakat pendapatan ?

A- Terdapat tiga cara anda boleh mengira zakat:

i)                    2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (ini adalah yang terbaik dan digalakkan)

ii)                   2.5% atas pendapatan setelah ditolak perbelanjaan asas yang dibenarkan oleh badan berkuasa agama (rujuk keterangan di bawah*)

iii)                 2.5% atas pendapatan setelah ditolak perbelanjaan tanggungan sebenar

* Perbelanjaan asas (setahun) yang dibenarkan : contoh bagi Negeri Selangor & Pahang – Diri Sendiri RM8,000. Isteri RM3,000. Anak RM1,000 (bagi setiap anak).

Contoh: Anda mempunyai seorang isteri dan dua orang anak di bawah tanggungan. Jumlah gaji anda setelah dicampur pendapatan lain (sewa rumah, elaun, bonus, etc) adalah RM5,000 sebulan. Maka jumlah pendapatan yang dikenakan zakat adalah RM47,000 [ (RM5,000 x 12 bulan) – RM8,000 – RM3,000 – (RM1,000 x2) ]. Maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah RM1,175 ( 2.5% x RM47,000).

Q – Setelah dicampur dengan pendapatan isteri jumlah pendapatan bersama kami adalah RM90,000 setahun. Bolehkan saya membayar zakat untuk pendapatan bersama sekaligus ?

A- Zakat adalah kewajiban individu. Perkiraan mestilah dibuat menurut pendapatan dan perbelanjaan masing-masing. Walaubagaimanapun, anda boleh menunaikan zakat untuk pasangan anda sekiranya dia bersetuju.

Q – Sekiranya saya dan isteri kedua-duanya menanggung anak-anak bagaimanakah cara penolakan untuk perbelanjaan mereka bagi tujuan kiraan zakat ?

A- Perbelanjaan untuk anak-anak akan dibahagikan sama rata antara suami isteri atau mengikut kadar bahagian yang dibelanjakan (proportionate to the expenses borne).

Q – Bolehkah caruman KWSP dan SOCSO ditolak daripada pengiraan pendapatan untuk zakat ?

A- Boleh ditolak. Untuk KWSP,wang caruman yang disimpan tidak wajib dizakat kerana belum sempurna milik dan si pencarum tidak dapat menggunakan wang tersebut. Walaubagaimanapun zakat perlu dibayar serta merta apabila dikeluarkan sekiranya cukup nisab untuk apa sahaja tujuan.

Q – Saya sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala gaji saya di Malaysia masih berterusan. Adakah saya perlu membayar zakat pendapatan untuk gaji tersebut? Bagaimana dengan elaun pengajian yang diterima di luar negara?

A- Elaun dan gaji, kedua-duanya dikira seperti zakat pendapatan dan dikenakan zakat.

Q – Saya memiliki beberapa rumah sewa. Adakah saya wajib mengeluarkan zakat hasil kutipan sewaan, sedangkan pada masa yang sama saya juga perlu membayar hutang rumah kepada bank semasa pembelian rumah tersebut?

A- Hanya lebihan daripada baki sewa selepas ditolak bayaran balik hutang akan dimasukkan dalam kiraan pendapatan untuk zakat. Contohnya sewa bulanan adalah RM1,000 dan bayaran balik pinjaman adalah RM800. Hanya RM200 baki daripada sewaan perlu dimasukkan dalam pengiraan zakat pendapatan.

SIMPANAN

Q – Saya mempunyai 2 simpanan khusus untuk menunaikan haji dan membeli rumah, dan satu simpanan umum untuk kegunaan luar jangkaan (kontigensi) . Perlukah saya membayar zakat atas simpanan ini ?

A- Ya, anda perlu membayar zakat atas kesemua simpanan di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menyimpan di Tabung Haji, agensi tersebut akan membayarkan zakat bagi pihak anda. Jadi anda tidak perlu membayar zakat dua kali.

Q – Sekiranya saya telah membayar zakat pendapatan, adakah saya masih wajib membayar zakat atas simpanan saya? Bukankah simpanan tersebut datang daripada sumber yang sama ?
A- Ya, anda masih wajib membayar zakat. Walaubagaimanapun, zakat ke atas simpanan hanya dikenakan bermula daripada tahun kedua dalam simpanan. Jika dikenakan daripada tahun pertama perolehan, seolah-olah mengenakan zakat terhadap harta yang sama dua kali. Walaupun nampak dari sumber yang sama tetapi ia berbeza di dalam pengiraan haul. Secara mudahnya, selepas dibayar zakat pendapatan, jika lebihan pendapatan disimpan dan apabila cukup nisab serta haul ia wajib membayar zakat wang simpanan.

Q – Bagaimanakah mengira zakat wang simpanan?
Bergantung kepada jenis simpanan anda:

Simpanan Tetap : Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada nisab, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

Simpanan Biasa : Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.

Sekiranya seseorang individu mempunyai lebih dari satu akaun, maka beliau hendaklah mencampurkan semua baki terendah pada setiap akaun simpanan dan mendarabkannya dengan 2.5% bagi mendapatkan jumlah zakat simpanan beliau.

HUTANG/PINJAMAN

Q – Saya telah meminjamkan sejumlah wang kepada sahabat saya. Perlukan saya memasukkan membayar zakat ke atas pinjaman ini?

A- Pinjaman ini dianggap kurang sempurna milik, kerana ada kemungkinan bahawa peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman. Justeru anda hanya perlu membayar zakat apabila telah dipulangkan kembali pinjaman tersebut. Anda hanya perlu membayar zakat untuk setahun wang tersebut dikembalikan.

AGIHAN

Q – Bolehkah saya memberikan zakat kepada ahli keluarga sendiri?

A- Zakat boleh diberikan kepada mana-mana salah satu daripada lapan asnaf zakat (fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharim, fisabilillah, ibn sabil). Sekiranya ahli keluarga anda termasuk dalam salah satu daripada golongan ini, maka dia layak untuk menerima zakat anda. Malah lebih afdhal (utama) untuk mengutamakan ahli keluarga. Walaubagaimanapun sekiranya dia adalah merupakan tanggungan anda (contoh: ibu/isteri/anak) , maka anda wajib untuk menyara individu tersebut dalam apa jua keadaan, dan tidak boleh memberikan mereka  sumbangan daripada zakat anda.

Q – Bolehkah saya memberikan zakat terus kepada asnaf yang dibenarkan tanpa melalui Amil?

A- Anda boleh memberikan zakat terus kepada asnaf yang lain sekiranya anda mahu. Cuma elok diserahkan kepada amil yang dilantik pemerintah kerana biasanya agihan tersebut akan lebih terancang, seimbang, dan sekata, i.e; badan bertanggungjawab kebiasaannya akan dapat mengenalpasti keperluan yang paling mendesak dengan cara agihan yang paling efektif. Malah sekiranya anda berada di Malaysia dan membayar zakat atas pendapatan, jumlah yang anda bayar untuk zakat adalah merupakan rebate daripada bayaran cukai. Contohnya jika jumlah cukai tahunan anda adalah RM10,000 dan anda telah membayar zakat sebanyak RM3,000, maka anda hanya perlu membayar cukai pendapatan atas baki di atas sebanyak RM7,000. Kebanyakan individu lebih suka membayar zakat daripada cukai pendapatan.

LAIN –LAIN

Q – Bolehkah zakat dibayar jika sumber pendapatan wang tersebut adalah dari sumber haram/syubhah?

A- Tidak wajib zakat kerana tidak memenuhi syarat wajib zakat. Sabda Rasulullah s.a.w: “ Allah tidak menerima sebarang sedekah daripada sumber yang haram” (Riwayat Muslim)

Q – Adakah kewajiban zakat pendapatan sesuatu yang baru di zaman mutakhir ini?
Berdasarkan catatan sejarah, zakat pendapatan telah dikenakan daripada zaman salafus-soleh lagi. Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta mengatakan bahawa Khalifah Muawiyah mengutip zakat atas pendapatan. Begitu juga pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz baginda telah pun melaksanakan zakat pendapatan ini ke atas gaji para tenteranya. Malah hampir serupa dengan sekarang, zakat pada zaman beliau dikutip sebelum gaji diserahkan kepada pekerja. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang zakat pendapatan ini sejak tahun 2002 lagi.

Secara analoginya, zakat pendapatan adalah hampir serupa dengan hasil tanaman yang dituai. Seandainya para petani diwajibkan mengeluarkan zakat mereka sebanyak lima hingga 10 peratus pada setiap kali musim menuai, maka bagaimanakah pula dengan professional yang memperolehi gaji yang kebiasannya lebih besar pada setiap bulan? Logik akal turut juga menyatakan bahawa zakat wajar dikenakan ke atas pendapatan itu.

Q – Saya tidak membayar zakat selama beberapa tahun. Bagaimanakah sepatutnya saya menunaikan tanggungjawab saya?

A- Bagi setiap tahun yang anda tidak membayar sebelum ini, anda perlu membayar 2.5% atas nilai harta dan pendapatan anda pada tahun-tahun tersebut sekarang, dan mintalah pengampunan daripada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang atas kesilapan lampau. Jika anda kurang ingat atau tidak pasti berapakah jumlah harta dan pendapatan anda pada masa lampau, anda mesti membuat anggaran yang terbaik (best estimate). Contohnya sekarang Ramadhan 2010 dan anda tidak membayar zakat selama 5 tahun yang lepas. Anda perlu menganggar jumlah harta dan pendapatan anda sepanjang 5 tahun yang lepas, dan membayar 2.5% atas jumlah tersebut.

Q – Saya sering menyumbangkan duit saya bagi tujuan kebajikan banyak kali sepanjang tahun. Apakah saya masih perlu membayar zakat?

A- Zakat mesti dibayar dengan niat khusus untuk menunaikan zakat. Sekiranya seseorang individu menyumbangkan wang atas tujuan kebajikan sekalipun masih tidak boleh dikira sebagai zakat, kerana niat ketika diberikan sumbangan tersebut bukanlah untuk menunaikan zakat. Walaubagaimanapun, untuk tahun-tahun berikutnya anda boleh berniat untuk dikira sumbangan ini sebagai zakat.

Di sediakan oleh

Abdul Rahman Hamzah

Unit Bimbingan

Tabung Haji Travel & Services

www.almakki.com.my

abdulrahman@thts.com.my

Tawaf Wada’
almakki | July 18, 2010 | 5:09 am
( Persoalan tawaf wada’ lagi ) Ustaz Hafiz Ummul Qura, Mekah

Hari ini aku mendapat satu panggilan yang bertanyakan tentang tawaf wada’.Adakah ia satu kewajipan atau sekadar ibadah sunat sahaja yang tidak menjadi masalah untuk meninggalkannya.Sekiranya mengatakan bahawa ia adalah wajib maka dikenakan dam jika tidak melakukannya.

Katanya beliau telah merujuk kitab Fathul Qarib syarah Matan Abi Syuja’ dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa tawaf wada’ adalah termasuk dalam perkara-perkara sunat haji dan bukannya wajib sebagaimana yang didakwa oleh kebanyakan ustaz-ustaz terutamanya ustaz tabung haji yang mengatakan bahawa ia adalah wajib.

Oleh sebab itu beliau berpendapat tawaf wada’ adalah sunat.Lebih-lebih lagi dengan dalil bahawa Rasulullah S.A.W hanya pada haji wada’ melakukan tawaf tersebut, tidak pada sebelum-sebelumnya.

Dengan tidak mewajibkan kepada orang yang ada uzur syar’ie untuk melakukannya lebih menguatkannya untuk tidak mewajibkan tawaf wada’.

Aku mendengar dengan penuh khusyu’.

Emm…macam mana aku nak bagi respon ni?

Pakcik ni nak jawapan daripada aku tentang tawaf wada’ atau nak supaya aku ubah apa yang beliau pegangi sekarang ini kepada wajib atau hendak menguji aku?
Tapi aku segera berfikiran positif,mungkin pakcik ini hendak kepada perbincangan ilmiah tentang tajuk yang beliau fikirkan sekarang so layanlah dengan perbincangan yang positif dan ilmiah.

Pertama sekali aku berfikir adakah beliau orang awam atau seorang penuntut ilmu atau seorang guru yang lebih hebat daripada aku.

Kalaulah dia seorang awam elok tanya padanya adakah beliau pernah bertanyakan masalah ini kepada mana-mana ustaz kerana aku pernah baca dalam “Majmu’ fatawa li haiah kibar ulama”(buku ini ialah himpunan fatwa-fatwa kontemporari yang dibincangkan oleh ulama kontemporari abad ini di mana ia di up to date setiap tahun.aku sarankan sahabat-sahabat yang bergelar ustaz wajib ada buku ini.Kalau tak silap aku,yang tahun lepas dah masuk jilid 30) tentang soalan yang mereka bincangkan tentang tawaf wada’.Aku sungguh kagum dengan jawapan para ulama’ ini di mana mereka mengatakan bahawa masalah tawaf wada’ ini ulama’ berselisih pendapat tentang hukumnya mengikut ijtihad mereka masing-masing.Perselisihan

pendapat ini telah diketahui oleh semua ulama.Ada yang dicatatkan dalam syarah-syarah kitab hadith,ada yang dalam kitab fiqh dan ada yang dalam kitab haji dan umrah.Mereka mengtarjihkan pendapat mereka mengikut dalil yang kuat di sisi mereka masing-masing.Tetapi yang utama hendaklah sentiasa berjaga-jaga dalam ibadah ini dengan mengikut panduan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : ???? ??? ???????)))): “Ambillah daripada aku ibadah kamu”.

Disebutkan dalam fatwa ini suatu pendapat yang cukup menarik hati aku di mana mereka berkata:”Dalam masalah khilafiah ini bolehlah orang awam untuk bertanyakan hukum ini kepada orang yang diyakininya dalam ilmu agama dan amanahnya pada agama yang suci ini dan bolehlah dia berpegang pendapat tersebut mengikut gurunya sama ada ia mengatakan wajib maka jadi wajiblah ia,jika berkata sunat maka sunatlah ia.Sesungguhnya mazhab orang awam adalah mazhab orang yang memberi fatwa kepadanya daripada orang yang pakar,khusus belajar dalam bidang agama ini.”

Tetapi aku rasa pakcik ini orang belajar agama dan terdedah kepada sumber ilmu sama ada lambakan buku agama atau maklumat di hujung jari.

Kemudian aku mengutarakan pendapat aku bahawa tawaf wada’ merupakan kewajipan bagi setiap orang yang hendak meninggalkan Baitillahil haram.

Ia berdalilkan kepada hadith sohih yang diriwayatkan oleh Imam bukhari dan Muslim:

?????? ?????? ???????? ?????? ???????? ????????? ?????: ( ?????? ????????? ???? ??????? ????? ?????????? ???????????, ?????? ??????? ??????? ???? ?????????? ) ????????? ????????
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA berkata: “Sekalian manusia diperintahkan agar perkara terakhir (yang mesti dilakukan) adalah tawaf di Baitullah, tetapi diberikan kelonggaran bagi perempuan haid. Muttafaq Alaihi.

Di sini telah jelas bahawa Rasulullah S.A.W telah mewajibkan kepada kita semua sebelum meninggalkan Ka’abah hendaklah tawaf Baitillah kecuali bagi sesiapa yang ada uzur syari’.
Dalam hadith ini menyebutkan ‘diperintahkan kepada manusia’.Yang memerintahkannya ialah Rasulullah S.A.W.Perintah di sini membawa hukum wajib bukannya sunat.
Tentang dalam buku Fathul Qorib syarah matan Abi Syuja’ yang menyebutkan bahwa ia sunat.Cuba buka Hasyiah Baijuri yang menjadi syarah kepada kitab Fathul Qorib tersebut secara jelas mengatakan pendapat itu adalah pendapat lemah dalam mazhab kita di mana pendapat kuat dalam mazhab Syafie ialah wajib mengerjakan tawaf wada’.

Persoalan bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan hanya sekali dalam hidup Baginda tidak boleh dibangkitkan kerana kita kena menerima hakikat bahawa syariat nabi Muhammad SAW adalah tadarruj (berperingkat-peringkat).Ya,sebelum daripada haji wada’ adalah tidak wajib tetapi selepas daripada peristiwa tersebut Allah hendak wajibkan tawaf tersebut.
Ini kerana hikmah atau kenapa tawaf wada’ adalah wajib kerana ia adalah antara cara-cara mengagungkan rumah Allah ini. Sebagaimana diwajibkan kepada orang yang hendak mengerjakan haji untuk tawaf qudum (selamat datang) atau tawaf umrah sebagai tahiyyat (penghormatan rumah Allah ini).

Begitu juga diwajibkan tawaf wada’ (selamat tinggal) untuk meninggalkannya.
Kemudian aku suruh dia pergi pada artikel yang telah aku tulis suatu masa dahulu tentang permasalahan tawaf wada’ ini dalam blog aku.