
Bila azan berkumandang, semua kedai akan di tutup. Ini lah suasana di kawasan Tanah Haram Makkah dan seluruh Saudi.
Ini gambar salah satu kedai menjual ayam beku, ayam ‘fresh’ dan telor di Zahir sebelah maktab 73.

Bila azan berkumandang, semua kedai akan di tutup. Ini lah suasana di kawasan Tanah Haram Makkah dan seluruh Saudi.
Ini gambar salah satu kedai menjual ayam beku, ayam ‘fresh’ dan telor di Zahir sebelah maktab 73.

Seelok elok selepas solat Maghrib jamak tamam, semua jemaah telah bersiap untuk bergerak ke Muzdalifah. Semua jemaah telah menunggu dalam stesen bas yang di sediakan di tepi jalan di hujung khemah belah kiri.


Khamis 9 Zulhijjah 1430 H-26 Nov 2009 -Semua jemaah haji telah sampai ke Arafah. Satu jam lagi waktu wukuf akan menjelang.


Tarwiyah, adalah sunat bagi Mazhab Shafie. tarwiyah adalah berada di Mina pada hari ke 8 Zulhijjah dengan bersolat 5 waktu di Mina iaitu Zohor, Asar, Maghrib,Isya’ dan Subuh.
Semua jemaah telah bergerak bermula selepas Subuh di Makkah untuk menuju Mina bagi mengikut sunnah nabi berada di Mina pada hari 8 Zulhijjah.






RUSILAWATI BINTI MOHD NOOR berumur 47 tahun dari KG WARISAN JALAN JELATIK KUALA LUMPUR.
Salah seorang jemaah Tabung Haji Travel, Ketika di temui di Ground Floor Hotel Sevilla Barakat, beliau sedang menulis dalam buku notanya. “Cuba tengok dalam buku tu”, penuh dengan tulisan beliau.
Beliau menulis pengalaman setiap harinya mengerjakan umrah dan suasana di Mekah. Beliau yang lebih fasih berbahasa Inggeris dari Melayu juga menulis pengalamannnya dalam bahasa Inggeris.
Beliau bercerita bahawa dia dulu tingal di US selama 15 tahun, then now baru balik Malaysia. Pengalaman semasa di US berbeza dengan kehidupan di Mekah ini.
Pengalaman kali kedua di Mekah ini berbeza dengan kali pertama dulu, ceria Auntie Rusilawati.
Semoga beliau memperoleh Haji yang Mabrur dengan usaha beliau mencatit dan memerhatikan hikmah di sebalik semua perkara ini.

Jumaat – 20 November 2009, 3 Zulhijjah 1430 hijrah – Semua jalan jalan di sekeliling Masjidil Haram telah di penuhi manusia seawal pukul 11.15 pagi lagi.
Hari ini adalah hari Jumaat terakhir sebelum wukuf di Arafah bagi haji 1430 hijrah ini. Semu muslimin yang telah datang dari seluruh pelusuk dunia telah memenuhi kawasan Tanah Haram.
Semua rupa kulit asalkan mereka telah beriman kepada Allah dan percaya Muhammad bin Abdullah adalah utusan yang di hantar untuk seluruh umat manusia telah HADIR ke Makkah al Mukarramah.

Islam adalah agama untuk semua. Buktinya semua bangsa yang wujud di muka bumi ini bebas untuk menganut agama Islam.
Islam bukan untuk MELAYU. Islam bukan untuk CINA. islam bukan untuk INDIA. Sesiapa yang memeluk Islam BUKAN MAKNA NYA memeluk MELAYU atau istilah yang mashur di kalangan kita ialah MASUK MELAYU. Ini adalah kesilapan yang biasa tersebar di negara kita.

Pada tengah hari tadi, semua wajah dan rupa telah solat di Masjidil Haram dengan mendengar khutbah Jumaat yang sama yang telah di sampaikan oleh Sheikh Syuraim.
Beliau mengingatkan para tetamu Allah tentang kelebihan haji, dan cerita yang terkandung di sebalik Mina dan ibadat haji.
Juga beliau telah mengajar satu doa yang telah di baca oleh Nabi Muhammad saw ketika baginda mengerjakan haji dahulu.
?? ??? ??? ??? ?????? ??? ??? ?? ????????

Jemaah haji berbangsa Cina dari Negara China
Jemaah solat Jumaat terakhir di tengah jalan ke terowong bawah Masjidil Haram
Ain Zubaidah, Teknologi Silam menggunakan sistem hidraulik
Sambungan pembentung air Ain Zubaidah ke Arafah yang di bina pada zaman Abbasiyyah, Khalifah Harun Ar Rasyid
Rel Monorail yang sedang di bina sekarang ini November 2009
REL yang dalam pembinaan dari Arafah ke Muzdalifah dan terus ke Mina
Kemahiran pengurusan penting dalam ibadat haji untuk mendapat haji yang Mabrur. Begitu juga dengan segala teknologi yang dimiliki oleh orang Islam mestilah diguna pakai semaksima mungkin untuk kesejahteraan Umat Islam.
Ini lah tujuan kita di lantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Setiap kita sebagai insan adalah pemimpin untuk mentadbir bumi ini. Mentadbir dengan cara yang DIKEHENDAKI oleh Allah, bukan dengan hawa nafsu dan tanpa merujuk kepada Al Quran sebagai ‘manual operation’ kita.
Sebagai Ijtimak ataupun Konvokesyen Sedunia Umat Islam, segala keperluan ini adalah wajib untuk memudahkan segala perjalanan Konvokesyen ini berjalan lancar.
Supaya SATU KEPUTUSAN BERSAMA DALAM SEGENAP HAL EHWAL UMAT ISLAM dapat dipersetujui bila semua Umat Islam dari segenap pelusuk dunia ini berkumpul. Sama ada EKONOMI, TEKNOLOGI, KESEPAKATAN BERSAMA, PENDIDIKAN dan semua hal yang bersangkut paut dengan umat Islam perlu di bincang pada musim haji ini.
Semoga haji kita di terima Allah bila kita memenuhi segala kehendak Allah ini dalam memimpin umat Islam ke mercu kejayaan dan menjaga bumi dengan baik.
“Kita Hanyalah Pemagang Amanah, Penjaga Sementara Bumi Ini”.
Travel Kawakib, merupakan pilihan bapa saudaraku untuk membantunya mengerjakan haji di Mekah pada tahun ini, 1430 hijrah.
Mereka telah sampai di Mekah pada 14 November 2009. Semua jemaah membayar leih kurang RM 17 ribu seorang untuk datang haji mengikuti pakej ini.
Ketika menziarahi mereka, ku tertarik dengan cara mereka menampal selotape di pintu untuk menulis nama jemaah yang tingal di dalam bilik tersebut.

Mereka mengadu di hotel mereka tiada kaunter kewangan, tiada klinik. Juga tiada dewan atau tempat untuk mendengar ceramah. Juga tiada pakar motivasi seperti jemaah Tabung Haji Travel. Makanan yang dihidangkan pada mulanya juga kurang sesuai dengan selera dan bayaran, sambung bapa saudaraku lagi.
Ini bagi ku berbeza dari Tabung Haji, untuk keselesaan bagi mngerjakan haji dan yang paling UTAMA adalah untuk mendapat HAJI YANG DI TERIMA ALLAH, perkara sampingan ini perlu dititikberatkan. Kalau tidak mulut tidak berhenti henti bercakap dan sebagainya. Ini akan mengurangkan pahala dan jalan untuk ke arah mendapat HAJI MABRUR.
Semoga kita di permudahkan segala urusan oleh Allah untuk mendpat haji yang mabrur, insya Allah.
