Di Tabung Haji Travel and Services
almakki | November 15, 2008 | 9:16 am
popping..
Alhamdulillah, musim ahji 1429 hijrah telah bermula. Satu lagi peluang diberikan Allah untuk menambahkan saham dengan menggunakan tulang empat kerat dan sepenuh tenaga bagi memudahkan segala urusan tetamu Allah di bumi Makkah yang penuh berkat ini.
Semoga jasa dan tenaga yang kita curahkan akan diterima sebagai amalan yang diterima Allah. Seperti mana yang di doakan oleh Nabi Ibrahim ketika mana baginda selesai membina Kaabah al musharrafah, ” robbana taqabbal minna”.
Juga di harapkan semoga segala urusan haji 1429 hijrah dipermudahkan dan disenangkan pergerakannya oleh Allah.
Published in THTS





Leave a Reply