popping..

“Alhamdulillah, syukur pada Rabbul Jalil..,” aku meraup muka selepas siap berdoa dengan menadah tangan di dalam Raudhah, di belakang tiang taubat.

25 Januari 2010, sekali lagi kaki ku dijejakkan di perkarangan Masjid Rasulullah saw, juga di berikan kesihatan yang sempurna untuk menziarahi Rasulullah saw dan solat di dalam Raudhah yang mulia.

Besok, 1 Februari 2010, insya Allah sekali lagi akan ke Bandar Bercahaya, Bandar Rasulullah saw jikalau pagi esok masih dapat bernafas setelah tidur malam ini.

Satu nikmat yang tidak boleh diceritakan, syukur dan terima kasih kepada Allah yang maha kuasa.

Semoga nikmat ini dikekalkan kepadaku, juga semoga ku pandai menggunakan nikmat ini sepenuhnya untuk Islam dan untuk mencapai keredhaan Allah azza wajalla.