popping..

Dr Shafie Karimin dari KLIA Holding telah datang ke Makkah bersama Tan Sri Jamilus dan telah balik hari ini, 1 Feb 2010.

Apa yang istimewa tentang beliau? Beliau sentiasa datang ke Makkah 2 tahun sekali untuk mendapatkan cahaya atau mengisi tangki petrol kehidupan beliau. Iman diumpamakan seperti cahaya ataupun petrol. Satu tahap perjalanan, kita mesti berhenti sekejap untuk mendapatkan petrol.

Begitu juga dalam kartun Ultraman dan juga Power Rangers, mereka memerlukan cahaya dari atas untuk menguatkan kembali mereka untuk menentang musuh musuh.

Semoga kita semua dapat mengisi petrol kita setiap 5 kali sehari di mana mana tempat solat jemaah. Juga kalau cukup dan berlebih duit, boleh bersama Tabung Hahi Travel untuk ke Makkah insya Allah.

Semoga kita selamat di dunia dan akhirat.