4 hari lagi Umrah Cinta Rasul
almakki | February 10, 2010 | 8:35 pm
UMRAH CINTA RASUL – Personaliti Terhebat, Tauladan Sepanjang Zaman inilah tema program terbaru dari Tabung Haji Travel iaitu Umrah Cinta Rasul yang akan diadakan pada 15 hingga 28 Feb 2010, 16 Feb hingga 1 Mac 2010 dan 17 Feb hingga 2 Mac 2010.
Satu Hari Satu Hadis adalah motto program ini. Sayang dan cintakan Rasulullah saw akan di pupuk sepanjang program ini, insya Allah.
Muka depan Info Kit Umrah Cinta Rasul
Semoga program ini akan menjana dividen dan keuntungan berlipat kali ganda bagi kita semua dalam perlumbaan meningkatkan simpanan saham akhirat kita. Seterusnya semoga ia berjalan lancar dengan berkat doa sahabat sahabat di seluruh dunia.
Published in Tinta








Assalamualaikum…
Alhamdulillah…
Sudah menjadi orang kepercayaan
Tabung Haji..
Sekarang pun bawa VVIP..
Alhamdulillah..tumpang Happy utk Ustaz..
Masya Allah taba rokallah.
Ni berkat tunjuk ajar dari Datin la ni..