Alhamdulillah, setakat ini 2 hari pertama program berjalan lancar. Dengan di bantu oleh Ustazah Yusnah dan staff Tabung Haji Travel – Maizatul Shima, Jazmi dan semua staff yang berada di Hotel Firdaus Tower, semuanya dapat di jalankan dengan sempurna Alhamdulillah.

Juga terima kasih yang tidak terhinga kepada semua staff Tabung Haji Travel di tanah air yang bertungkus lumus siang dan malam dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat berjalan lancar untuk ke seterusnya dan semua jemaah dapat mencapai objektif yang kita sasarkan iaitu menambahkan rasa kasih, sayang dan CINTA kepada Nabi kita Muhammad Rasulullah SAW.