Khutbah Jumaat Masjidil Haram, Makkah

November 30th, 2008 by almakki Leave a reply »
popping..

 

INTISARI KHUTBAH JUMAAT

28 November 2008 bersamaan 30 Zulkaedah 1429

Disampaikan oleh Sheikh Abdul Rahman As Sudais.

KHUTBAH PERTAMA

 

1.Tahniah dengan kehadiran semua jemaah haji dari seluruh dunia. Selamat datang negara dua tanah suci dan ke negara tempat turunnya wahyu.

2. Apabila kita telah datang dan sampai ke Mekah, bermakna kita telah menerima jemputan Allah sebagai tetamu Nya.

3. Mekah sebagai tempat mencetuskan sifat kasih sayang serta kecintaan antara sesama Islam. Tiada beza antara kita semua. Islam adalah milik semua. Walaupun kita semua datang dari pelusuk dunia yang berbeza, kita adalah sama.

4. Dan bila kita semua telah berada dalam Tanah Haram, kita akan selamat, kerana negeri ini adalah negeri yang aman.

5. Mekah adalah negeri yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Seperti yang nyatakan dalam sabdnya bermaksud “jikalau aku tidak dikeluarkan dari Mekah, aku tak akan kleuar dari sini”. (maksudnya berhijrah ke Madinah al Munawwarah) hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi

6. Sepanjang berada di Tanah Haram ini jangan sama sekali kita melakukan dosa-dosa. Allah memberi peringatan tentang dosa dan ancaman bagi sesiapa yang ingin berbuat jahat di dalam Tanah Haram ini.

7. YANG PALING UTAMA dan TERPENTING bagi jemaah haji dan kita semua ialah, kita perlu mentauhidkan Allah dengan sepenuh hati dan keimanan kita. Tiada yang lebih berkuasa di alam ini selain Allah.

 

8. Kita sebagai orang islam mesti IKHLAS kepada Allah. Betul betul beriman kepada Allah. Sekiranya kita betul-betul beriman kepada Allah, kita perlu ikut dan patuh kepada arahan dan suruhan Allah.

 

9. Buktikan cinta dan sayang kepada Rasulullah saw iaitu dengan mengamalkan sunnah serta amalan baik sepanjang berada di Tanah Haram ini.

 

 

 

10. Laksanakan Ibadah Haji dengan sebaiknya. Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang beroleh Haji Mabrur ialah syurga. Jikalau kita semua pulang dengan haji mabrur, ini merupakan satu kekuatan untuk membaiki umat Islam di Negara masing-masing. Kerana umat Islam amat lemah sekarang ini.

 

11. Jangan dilupakan bagaimanakah keadaan saudara Islam kita di Palestin sekarang ini. Sedangkan kita semua adalah bersaudara. Kita perlu merasa dan ambil berat tentang nasib saudara kita di Palestin dan seluruh dunia.

 

12. Semoga kita semua beroleh pahala yang besar dengan kedatanga kita ke Mekah ini. Kerana sesungguhnya membesarkan serta memuliakan Mekah adalah satu dari tuntutan agama.

 

13. Semoga kita semua mendapat haji yang mabrur

 

jumaat-28-novSuasana seusai solat Jumaat 28 nov 08


KHUTBAH KEDUA

 

  1. Perbanyakkanlah berbuat amalan soleh hingga menjelang bulan Zulhijjah nanti. Sesungguhnya bagi mereka yang berbuat amalan soleh bermula Satu hingga 10 Zulhijjah nanti akan beroleh pahala yang banyak.

 

  1. Rasulullah saw menegaskan dalam hadisnya “Pahala amal soleh di awal Zulhijjah adalah lebih besar dari jihad fisabilillah”. (Riwayat Buhkari).

 

  1. Semoga kita semua dapat mengambil peluang sepanjang keberadaan di Mekah. Khususnya dalam SEPULUH HARI PERTAMA bulan Zulhijjah ini.

 

menara-harom

 

 

 

Menara Masjidil Haram di atas pintu nombor satu, bab Malik Abdul Aziz

Disediakan Oleh :

Abd Rahman Hamzah

Untuk edaran semua hotel penginapan Jemaah Haji Tabung Haji Travel & Services,

Ini adalah berdasarkan arahan dari Pengarah Operasi Haji THTS

Advertisement

1 comment

  1. Salam buat semua umat Islam. Saya baru megerjakan Haji pada 2009 yang lepas. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar tiada ganguan luar dan dalam . Walau pun telah berumur 59 tahun masih kuat padahal saya baru lepas membuat bypass 3 hari sabelum Ramadhan .

Leave a Reply