Hotel Sevilla Barakat

October 28th, 2009 by almakki Leave a reply »
popping..

Selasa, 27 oktober 2009 – Hotel Sevilla Barakat yang akan menempatkan jemaah pakej Tabung Haji Travel masih belum siap sepenuhnya. Semua staf tabug Haji Travel bertungkus lumus untuk menyusun dan mencantikkan seluruh bangunan hotel luar dan dalam untuk menerima tetamu Alllah.

depan sebelum

Menurut, Hj Fauzan Achdi, Ketua Bangunan Zon 1, iaitu dari tingkat 1 hingga 9, semua bilik telah siap untuk didiami. Cuma susun atur lobi dan juga papan tanda untuk kemudahan jemaah masih belum ditampalkan sepenuhnya.

depan 1

Menurut beliau lagi, Insya Allah pada hari Khamis, sebelum jemaah masuk ke Hotel Sevilla Barakat pada hari Jumaat ini, semua kemudahan dan kelengkapan akan tersedia.

Begitu juga Ketua Bangunan Zon 2, Hotel Sevilla Barakat, Hj Yahya Saat, beliau bersama ‘team’ nya juga bersengkang mata dan bertungkus lumus untuk menyiapkan perkhidmatan terbaik untuk jemaah pakej Tabung Haji Travel.

sebelumKerjasama baik yang diberikan oleh selepasPengurus Besar Hotel Sevilla Barakat, Encik Jihad dan Encik Angkoso begitu memudahkan pihak Tabung Haji Travel untuk membuat persiapan terbaik.

Bagi, Hj Shahrul Nizam dan Hj Rahman dari bahagian Kewangan pula, bahagian beliau telah menyiapkan Kaunter Kewangan Tabung Haji di Lobi Hotel Sevilla untuk kemudahan jemaah mengelurkan wang dan membayar dam serta korban nanti. Mereka telah menyiapkan meja untuk computer, peti besi, mesin Q Matic untuk nombor giliran, susunan kerusi dan sebagainya untuk mencantikkan Ruang Kaunter Kewangan tersebut.

Manakala bagi pihak Kesihatan pula, Dr Nizam telah menghantar pasukannnya untuk menyiapkan sebuah Klinik di Tingkat 1 dan Bahagian Kecemasan di Lobi Hotel. Kekuatan untuk pihak kesihatan ini begitu baik. 2 orang doctor dan 2 orang pembantu perubatan, 4 orang jururawat, seoarang pemandu ambulan dan 2 orang pembantu am akan membantu jemaah di Hotel Sevilla Barakat ini, Alhamdulillah.

Bagi memudahkan para jemaah lagi, pihak hotel juga akan menyediakan perkhidmatan dobi pakaian yang mengunakan sisitem kilogram iaitu Saudi Riyal 25 untuk 5 kilogram pakaian. Juga perkhidmatan dobi secara runcit disediakan untuk sehelai atau 4 helai. Ini semua akan menambah lagi kemudahan untuk para jemaah bagi menguatkan azam dan tenaga untuk BERIBADAH kepada Allah di Tanah Suci ini.

Di samping itu, Kafe juga disediakan oleh pihak hotel selepas selesai jemaah menjamu selera secara ‘buffet’ di Rehab Café yang terletak di lobi hotel.

Selain itu, perkhidmatan internet secara wifi dan cyber café di sediakan di juga di lobi hotel. Manakala bagi para jemaah yang ingin mencetak dokumen, mereka perlu menggunakan ‘Bussines Centre’ di tingkat 3.

Hj Jaafar selaku Pengurus Maktab 73 bagi para jemaah di Hotel Sevilla Barakat mengharapkan semua tetamu Allah akan berasa selesa dengan perkhidmtan yang diberikan oleh pihak Tabug Hai Travel dan beliau mendoakan smeua jemaah aka  mendapat haji yang mabrur pada tahun ini insya Allah.

Advertisement

7 comments

  1. FAUZIAH AZIZ says:

    Ustaz Rahman…
    Jauhkah Hotel ni ke Masjid ??
    Tak boleh nak bayangkan Hotel ni kat mana?

  2. FAUZIAH AZIZ says:

    Ustaz..
    Rajin rajinlah buat liputan Haji dekat sini..Berita terkini..
    Terubat kerinduan..
    Jazakkallah..

  3. almakki says:

    Datin Fauziah : Alhamdulillah, selepas demolition ni, jarak Hotel Sevilla dengan masjid dah dekat. Lebih kurang 680 meter ukuran dalam MAPS.GOOGLE.COM.

    Insya Alah saya akan cuba update setiap hari pada pukul 6@7 pagi waktu Mekah.

    Salam untuk group net juga untuk Hussin.

  4. Mohd Zeli Abdullah says:

    Bila tgk hotel ni terkenang nostalgia semasa tunai haji thn 2007. Selesa sgt2 tinggal kat hotel ni. Dulu jemaah haji muassasah yg duk hotel ni.

  5. sabaria says:

    Saya telah mengerjakan haji pada tahun 2008 dah menginap di Sevilla Hotel selama 30 hari dengan Tabung Haji Muassah. Tempat ini sungguh strategik. Saya pun terkejut juga sekarang hotel penginapan ini di uruskan Tabung Haji & Travel.

  6. Suhaila Shafie says:

    Assalamualaikum,

    Syukur Alhamdulillah, saya dan suami telah dapat mengerjakan Haji pada tahun 2009/1430M dan juga telah menginap di Sevilla Hotel selama 21 hari disana. Waktu itu, pengurusan penginapan adalah di bwh Tabung Haji Travel & Services (THTS)…walaupun pihak pakej THTS telah menyediakan yg terbaik, ttpi masih ada juga yg tak berpuas hati…Bagi saya, itu sudah lumrah ttpi kenangan manis disana tidak dpt ditukar ganti dgn yg lain…Smpikan salam kami pada semua petugas THTS, medical team dan ustaz/ustazah yg telah menjaga kami sewaktu di Tanah Suci Mekah.
    p/s: Benarkah hotel ini akan bakal dirobohkan tahun ini?? …Wasalam

  7. Hj Mohd Shafii bin Haji Omar says:

    semasa saya menunaikan haji tahun 2009 saya menginap di hotel ini bersama isteri saya hjh patimah bt Hassan saya menginap di blk 406 dan isri saya di blk 409 jarak nya dengan masjidil haram ialah 650 meter,apa yang menjadi ingatan kpd saya ialah tunjok persaan di hotel yang di diami para hujjaj dari Nejeria rupa rupa nya mereka tunjok perasaan kerana pasukan bola mereka dapat musuk pusingan akhir piala dunia

Leave a Reply