popping..

Selasa, 27 oktober 2009 – Hotel Sevilla Barakat yang akan menempatkan jemaah pakej Tabung Haji Travel masih belum siap sepenuhnya. Semua staf tabug Haji Travel bertungkus lumus untuk menyusun dan mencantikkan seluruh bangunan hotel luar dan dalam untuk menerima tetamu Alllah.

depan sebelum

Menurut, Hj Fauzan Achdi, Ketua Bangunan Zon 1, iaitu dari tingkat 1 hingga 9, semua bilik telah siap untuk didiami. Cuma susun atur lobi dan juga papan tanda untuk kemudahan jemaah masih belum ditampalkan sepenuhnya.

depan 1

Menurut beliau lagi, Insya Allah pada hari Khamis, sebelum jemaah masuk ke Hotel Sevilla Barakat pada hari Jumaat ini, semua kemudahan dan kelengkapan akan tersedia.

Begitu juga Ketua Bangunan Zon 2, Hotel Sevilla Barakat, Hj Yahya Saat, beliau bersama ‘team’ nya juga bersengkang mata dan bertungkus lumus untuk menyiapkan perkhidmatan terbaik untuk jemaah pakej Tabung Haji Travel.

sebelumKerjasama baik yang diberikan oleh selepasPengurus Besar Hotel Sevilla Barakat, Encik Jihad dan Encik Angkoso begitu memudahkan pihak Tabung Haji Travel untuk membuat persiapan terbaik.

Bagi, Hj Shahrul Nizam dan Hj Rahman dari bahagian Kewangan pula, bahagian beliau telah menyiapkan Kaunter Kewangan Tabung Haji di Lobi Hotel Sevilla untuk kemudahan jemaah mengelurkan wang dan membayar dam serta korban nanti. Mereka telah menyiapkan meja untuk computer, peti besi, mesin Q Matic untuk nombor giliran, susunan kerusi dan sebagainya untuk mencantikkan Ruang Kaunter Kewangan tersebut.

Manakala bagi pihak Kesihatan pula, Dr Nizam telah menghantar pasukannnya untuk menyiapkan sebuah Klinik di Tingkat 1 dan Bahagian Kecemasan di Lobi Hotel. Kekuatan untuk pihak kesihatan ini begitu baik. 2 orang doctor dan 2 orang pembantu perubatan, 4 orang jururawat, seoarang pemandu ambulan dan 2 orang pembantu am akan membantu jemaah di Hotel Sevilla Barakat ini, Alhamdulillah.

Bagi memudahkan para jemaah lagi, pihak hotel juga akan menyediakan perkhidmatan dobi pakaian yang mengunakan sisitem kilogram iaitu Saudi Riyal 25 untuk 5 kilogram pakaian. Juga perkhidmatan dobi secara runcit disediakan untuk sehelai atau 4 helai. Ini semua akan menambah lagi kemudahan untuk para jemaah bagi menguatkan azam dan tenaga untuk BERIBADAH kepada Allah di Tanah Suci ini.

Di samping itu, Kafe juga disediakan oleh pihak hotel selepas selesai jemaah menjamu selera secara ‘buffet’ di Rehab Café yang terletak di lobi hotel.

Selain itu, perkhidmatan internet secara wifi dan cyber café di sediakan di juga di lobi hotel. Manakala bagi para jemaah yang ingin mencetak dokumen, mereka perlu menggunakan ‘Bussines Centre’ di tingkat 3.

Hj Jaafar selaku Pengurus Maktab 73 bagi para jemaah di Hotel Sevilla Barakat mengharapkan semua tetamu Allah akan berasa selesa dengan perkhidmtan yang diberikan oleh pihak Tabug Hai Travel dan beliau mendoakan smeua jemaah aka  mendapat haji yang mabrur pada tahun ini insya Allah.